TUGASAN INDIVIDU 1: 10 GAMBAR INOVASI

 1) BRAINPORT

 


 

Brainport merupakan alat kamera yang mengambil gambar dan maklumat persekitaran yang akan diproses melalui cip. Cip brainport menukarkan maklumat yang diterima kepada rangsangan elektrik dan rangsangan ini akan dihantar ke otak. Brainport ini juga membantu mentafsir maklumat untuk orang kurang upaya pengihatan bagi membantu mereka mendapat visual persekitaran dengan menggunakan brainport. Imej visual yang dihasilkan oleh brainport adalah berbentuk pixel.

 

2) BRAILLE SENSE PLUS

 


Braille Sense Plus ialah alat papan kekunci Braille untuk digunakan membuat nota bagi golongan orang kurang upaya penglihatan. Alat ini mempunyai perisian internet seperti menghantar emel, menggunakan USB, bluetooth dan selain itu mempunyai kemudahan audio seperti MP3 dan MP4. Alat ini juga boleh digunakan untuk merakam suara. Alat ini sangat membantu golongan seperti ini kerana bentuknya yang kecil dan mudah dibawa untuk digunakan di tempat kerja atau belajar.

 

3) TONGKAT MYGO

 


Tongkat Mygo iaitu tongkat putih beroda berasal dari Jerman. Tongkat mygo ini menggunakan sensor-kamera untuk mengesan permukaan lantai di bawahnya dan memberikan maklum balas melalui fon kepala tanpa wayar. Roda di bawah tongkat itu berfungsi sebagai enjin stereng bagi membantu pengguna berjalan dengan menyediakan maklum balas melalui genggaman pengguna. Tongkat ini memudahkan pergerakan orang kurang upaya untuk bergerak ketika berjalan di sesuatu tempat.


4) KAMERA BRAILLE POLAROID

 


Kamera braille polaroid membolehkan golongan yang bermasalah penglihatan untuk mendapatkan gambaran tentang persekitarannya dengan menggunakan kamera tersebut. Gambar yang dihasilkan oleh polaroid ini mempunyai bentuk timbul di atasnya bagi membolehkan golongan kurang upaya penglihatan untuk merasa tekstur gambar dan membayangkan visual gambar tersebut.

 

 

5) SAHALA TEMPAT WUDUK

 


Sahala ini adalah merupakan tempat wuduk yang telah diinovasikan bagi memudahkan golongan kurang upaya untuk mengangkat wuduk dengan keadaan yang selesa. Hal ini kerana, tempat wuduk biasa adalah tinggi dan tidak sesuai untuk digunakan oleh golongan yang menggunakan kerusi roda. Tempat wuduk biasa di kebanyakan surau dan masjid tidak mesra bagi pengguna golongan kurang upaya jadi dengan kewudujan Sahala ini dapat menyelesaikan masalah ini. Idea Sahala ini dibuat dan direka khas oleh syarikat Bumiputera Meas-Tech Solution Sdn. Bhd.    

 

6) TROSEPTER


Trosepter ialah nama singkatan bagi troli separa terlantar, digunanakan oleh golongan kurang upaya yang mempunyai masalah fizikal. Trosepter membantu mereka untuk solat secara duduk dan menghadap kiblat. Alat ini dicipta khas dengan menggunakan bahan terbuang seperti fabric PVC, rangka besi katil dan beberapa barang lain. Alat tosepter ini juga memudahkan golonagan kurang upaya untuk bergerak dan mengendalikan dirinya sendiri dengan lebih baik. Kos bagi membuat alat tosepter ini lebih murah dari kos kerusi roda, jadi ini memudahkan golongan OKU yang kurang berkemampuan untuk memiliki kerusi roda yang mahal.

 

7) CERMIN MATA BIONIK

 



Cermin mata bionik ini ialah merupakan cermin mata pintar yang menggunakan kamera kecil dan sebuah komputer poket untuk mengawasi pemakai kepada objek-objek dan orang yang di hadapan. Alat cermin mata bionik ini memudahkan golongan kurang upaya penglihatan untuk berjalan-jalan di luar dan alatan ini juga membolehkan mereka membaca nombor bas dan paparan berkomputer pada mesin tunai. Kamera kecil yang ada pada cermin mata bionik akan mengambil maklumat dan menghantar ke komputer untuk memproses maklumat dan mempermudahkan ke dalam corak titik. Contohnya seperti kamera mendapatkan maklumat di papan tanda dan dianalisa oleh komputer. Selepas diproses maklumat itu akan disampaikan kepada pemakainya melalui suara di telinga mereka. Alat ini juga membantu kepada pengguna untuk menerima cahaya bagi menjadikan penglihatan mereka tidak buta sepenuhnya.

 

 

 

 

 

 

8) THIRD EYE - SARUNG TANGAN PINTAR

Third eye ialah merupakan sarung tangan pintar yang membantu golongan kurang penglihatan. Terdapat kamera pada sarung tangan ini bagi membolehkan mereka melihat produk di pasar raya. Sistem alat ini akan mengesan lokasi barang dan arah perjalanan yang dicari oleh pengguna di pasar raya dan menghantar isyarat suara ke telinga. Alat ini masih lagi sebuah protataip dan masih dalam perisian mengenal imej produk sedia ada di pasar raya.

 

9) PLASTECH- TANGAN PROSTETIK



Plastech merupakan tangan prostetik yang dibuat oleh Pusat Latihan Teknologi (ADTEC). Plastech direka khusus untuk pengguna kudung tangan atau mengalami masalah pergelangan tangan. Dengan alatan ini pengguna dapat melakukan aktiviti harian dengan sendiri dan tidak perlu bergantung dengan orang lain. Plastech ini diperbuat daripada poli asid laktik, plastik spam, tali pancing & utiliti. Kos pembuatan alat ini rendah membolehkan alat Plastech ini dibeli dengan harga mampu milik.

 

10) BRAILLE E-BOOK


Braille telah dicipta oleh Frenchman Louis Braille pada tahun 1982 bagi membantu golongan kurang upaya masalah penglihatan untuk mengejar perkembangan sastera dengan mencetak. Braille adalah sangat mahal jadi sekumpulan pereka dari Korea telah mencipta inovasi iaitu Braile E-book. Braille E-book ini digunakan untuk menyimpan dan mencetak manuskrip besar untuk membantu menjimatkan ruang dan kos. Braille ini juga menggunakan teknologi yang dapat mengubah bentuk permukaan melalui isyarat elektromagnetik.


Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

TUGASAN INDIVIDU 4: BAHAN BANTU MENGAJAR (BBM)